MELAKA: Ketua Pembangkang Melaka Dr Yadzil Yaakub menolak pelawaan menyertai blok kerajaan dalam usaha mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang terbentuk buat pertama kali di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban daripada Perikatan Nasional (PN) itu berkata beliau dan ADUN Sungai Udang Dr Mohd Aleef Yusof memilih untuk terus kekal sebagai pembangkang bagi melaksanakan semak dan imbang terhadap kerajaan negeri Melaka.
"Janganlah takut kepada kami pembangkang yang hanya dua orang.
"Persoalan sekarang apakah kerajaan Melaka akan lebih efisien dengan 21 barisan exco (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dan mampu menjana hasil berlipat ganda dengan barisan exco dan timbalan exco, yang mustahil tanpa belanja tambahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Ab Rauf harap dua ADUN PN sertai Kerajaan Perpaduan di Melaka
Dr Yadzil berkata pelantikan timbalan exco dalam kerajaan negeri Melaka yang kecil adalah satu pembaziran.
"Kami akan mendengar dan perjuangkan suara hati masyarakat dan membawa denyut nadi rakyat negeri ini," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap dua ADUN PN itu dapat menyertai Kerajaan Perpaduan yang baharu ditubuhkan di negeri ini sebelum Enakmen Anti Lompat Parti dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Julai ini.
Ab Rauf, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, berkata jika kedua-dua ADUN berkenaan bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan di Melaka, ia bakal mencatat sejarah sebagai negeri pertama sifar pembangkang.
Komposisi DUN Melaka terdiri daripada 28 kerusi iaitu 21 yang dikuasai Barisan Nasional, lima (Pakatan Harapan) dan dua kerusi dimiliki PN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Dr Yadzil berkata pelantikan timbalan exco dalam kerajaan negeri Melaka yang kecil adalah satu pembaziran. - Gambar/ Dr Yadzil
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 217 pusat mengundi, 1,109 saluran dibuka hari ini - SPR
Pengundi dinasihatkan supaya mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.
PRN Melaka: Jentera BN bersedia, harap kematangan politik semua pihak - Ab Rauf
Jentera Barisan Nasional (BN) telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
Ketika ini keputusan untuk menjalinkan sebarang kerjasama belum dimuktamadkan sehingga maklum balas dan maklumat diperoleh mencukupi.
Politik Melaka: UMNO putus agihan kerusi pada mesyuarat MKT akan datang
Isu agihan kerusi dan kerjasama antara parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan datang.
Politik Melaka: MKT UMNO sahkan keahlian Idris dan Norazman gugur
Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT UMNO pada Khamis malam.
Politik Melaka: UMNO perlu kerjasama banyak pihak - Annuar
Tan Sri Annuar Musa, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata sekiranya kerjasama itu ditolak ia akan merugikan parti.
Politik Melaka: UMNO tidak mampu bergerak solo hadapi PRN- Penganalisis
UMNO perlu mengatasi persepsi negatif terhadap parti itu lantaran terpalit dengan dakwaan sebagai punca kepada krisis politik yang berlaku di Melaka.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Norhizam diminta segera pulang kereta rasmi, aset kerajaan - SUK
Tindakan itu bertujuan menyelesaikan isu berkenaan agar tidak berlarutan sehingga mengganggu tugas penjawat awam.
Politik Melaka: Rakyat berharap Pemangku Agong dapat buat keputusan terbaik
Rakyat Melaka melahirkan kebimbangan kemungkinan berdepan peningkatan semula kes COVID-19 jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh terdekat.